Image 01 Image 02
Browse » Home » For Laugh, Malay » Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu

Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu


Posted on 21st May 2007 by kahpeng
1

advertisement Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu

Salam sejahtera, saya tak sangka boleh ada terbitan dalam Bahasa Melayu lagi dalam blog saya. Sekiranya anda tidak tahu bahawa saya mempunyai kategori Bahasa Melayu, anda boleh merujuk di sini. Sekiranya boleh, saya juga malas untuk menjelaskan hal-hal begini sebab memang menyusahkan dan keliru.

[Nota]: Saya tidak berniat/bermaksud/bertujuan/hendak membuat apa-apa lawak daripada buku-buku komputer dalam Bahasa Melayu dan meyakitkan hati mana-mana pihak sekali pun. Klik di bawah untuk sambung membaca atau anda boleh berhenti membaca setakat sini sahaja.

Semasa saya dan rakan-rakan saya berjalan-jalan di pusat membeli-belah, Queensbay Mall pada satu hari, kawan saya, KoDoMo mengajak kami untuk pergi ke kedai buku, Popular untuk melihat kad permainan sekiranya sudah ada stok atau tidak. Sedang saya asyik bercakap dengan KoDoMo tentang kad permainan, tiba-tiba kawan saya yang satu lagi, Desmond memangil saya dari jauh.

Dari jauh, saya boleh melihat wajahnya bergelak-ketawa dan saya menoleh ke atas di mana dia berada. Dia berada di seksyen buku-buku komputer. Tetapi, semasa saya sampai di tempatnya, saya bertanya mengapa dia ketawa. Di dalam hati saya, saya ingat Desmond ketawa sebab buku-buku komputer dalam Bahasa Ingerris dengan siri buku “<Tajuk> for Dummies” dimana buku-buku dalam siri tersebut mengajar sesiapa yang tiada pengetahuan tentang siri buku yang dibaca tersebut.

Akan tetapi, saya salah. Desmond menjawab bahawa dia ketawa sebab dia nampak terdapat buku-buku komputer dalam Bahasa Melayu di mana translasi dari Bahasa Ingerris ke Bahasa Melayu memang “direct”. Macam mana hendak menjelaskannya, dengan perkataan “direct” saya bermaksud tajuk buku komputer menukar perkataan dalam Bahasa Ingerris sebulat-bulatnya ke dalam Bahasa Melayu.

Contohnya:-
a) Penaikan Taraf Komputer (Upgrading Computer)
b) Cakera Keras (Hard Disk)
c) Rangkaian Kawasan Setempat (Local Area Network)
perkataan dalam Bahasa Ingerris di atas adalah anggaran translasi daripada saya.

malay_pc_book Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu
Gambar di atas diambil dari camera telefon bimbit saya.

advertisement Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu

Pada pendapat saya, terdapat buku-buku komputer dalam Bahasa Melayu memang baik dan bagus. Untuk pelajar-pelajar yang lebih fasih dalam Bahasa Melayu, mereka boleh membaca buku-buku komputer untuk menambahkan pengetahuan mereka. Tetapi, tajuk buku tidak sepatutnya ditukar “sebulat-bulatnya” ke dalam Bahasa Melayu. Ini bukan sahaja boleh membantu pembaca buku tetapi mengelirukan lagi pembaca buku tersebut.

Mengapa ? Kerana, sekiranya seseorang itu hendak menambakan pengetahuan lagi dalam komputer, lebih baik kata-kata kunci dalam Bahasa Ingerris tidak di tukar untuk tajuk buku itu. Tetapi dalam buku itu barulah menjelaskan dengan padat maksud dan kegunaan kata-kata kunci dalam Bahasa Melayu.

Selain itu, sekiranya tajuk buku hendak diletakkan dalam Bahasa Melayu, pastikan semua tajuk dalam Bahasa Melayu. Lihat gambar di atas, setengah tajuk buku masih di dalam Bahasa Ingerris seperti CD Burning, Data Rescue dan lain-lain. Mengapa ? Kerana penerbit bukut tersebut sedar bahawa sekiranya tajuk yang saya sebut itu ditukar ke dalam Bahasa Melayu akan mengelirukan pembaca, contohnya Pembakaran CD ? atau Penyelamat Data ? (atau Selamat Data,tidak pasti)

Saya berharap pada masa akan datang, penerbit buku akan membuat keputusan yang lebih bijak dan efisien. Kata-kata kunci dalam Bahasa Ingerris memang penting kerana untuk bahasa universal dalam komputer adalah Bahasa Ingerris tidak kira perisian komputer itu dari negara mana. Pemahaman kata kunci dalam Bahasa Melayu memang baik tapi, kata kunci tersebut tidak baik ditukar ke dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.

[Peringatan]: Sekali lagi, saya ingin menegaskan bahawa segala yang anda baca di sini adalah pendapat saya semata-mata. Tidak ada kaitan langsung dengan sesiapa, tidak berniat/bermaksud untuk mengata bahasa mana lebih baik atau kurang baik atau memburuk-burukkan mana-mana pihak penerbit. Saya sendiri rakyat Malaysia, baik Bahasa Melayu mahupun Bahasa Ingerris, dua-dua pun saya fasih. Sekian sahaja, saya patut balik kepada membuat kerja-kerja khusus untuk pelajaran saya :D

Popularity: 1% [?]

Wait! Here's More: Check Out These Great Offers
Download Hundreds of Complimentary Industry Resources

Get hundreds of popular Industry magazines, white papers, webinars, podcasts, and more; all available at no cost to you. With more than 600 complimentary offers, you'll find plenty of titles to suit your professional interests and needs. Click Here and Sign up today!


Do you miss any of these interesting related post ?




1
Comment to.. Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu
1

Istilah Komputer dalam Bahasa Melayu agak pelik sekiranya pada Antaramuka (UI) komputer itu sendiri tidak kelihatan perkataan-pertakaan itu.

Akan tetapi, apabila pengguna telah menggunakan Antaramuka Bahasa Melayu dalam tempoh yang agak lama, sebagai contoh 1 bulan. Ikon “Cakera Keras” sentiasa ada di Desktop, maka Istilah itu sudah menjadi tidak janggal.

Ia tidak menjadi pelik sekiranya desktop anda adalah sebegini:-
http://ftp.gnome.org/pub/GNOME/teams/marketing/en/2004/two-six-screenshots/html/large/sebol_ms_1.jpg
http://ftp.gnome.org/pub/GNOME/teams/marketing/en/2004/two-six-screenshots/html/large/sebol_ms_2.jpg
http://ftp.gnome.org/pub/GNOME/teams/marketing/en/2004/two-six-screenshots/html/large/sebol_ms_3.jpg
http://ftp.gnome.org/pub/GNOME/teams/marketing/en/2004/two-six-screenshots/html/large/sebol_ms_4.jpg



0
Trackback to.. Belajar Komputer Dalam Bahasa Melayu

What do you want to say ? Comment Now!





TwitterCounter for @kahpeng

    Anyone wondering how is the new Exabytes website will look like ? Hmm... I am not sure either how the site will look, we'll check about the new site soon :P But how come the uploading of the new website will need so many hours ? Anyone know why ? (Read more on » Exabytes new website uploading is in progress)

Sponsors

Entrecard

Plurk

Join me at Plurk.com