Posted by kahpeng on 11th May 2007

Kesalahan: Ubah Suai Struktur Kereta (Spoiler)

advertisement Kesalahan: Ubah Suai Struktur Kereta (Spoiler)

Note: This post is specially in Bahasa Melayu. I chat with PK earlier and she asked me to try to blog in Bahasa Melayu, kinda funny also. Read her post about Perempuan memang rumit“. I added 2 new category; Malay and Bad Luck. Don’t laugh at my Malay okay, long time didn’t write, ok here we go below.

Khas: Tunggu kemaskini daripada saya kerana saya tengah mencari program percuma untuk mengurangkan saiz klip video untuk diletakkan di sini. Saya sudah berjaya merekod klip video daripada filem Singapura “The Best Bet” mengunakan program dari DVD Copy Express. Saya akan memberi penjelasan di bawah nanti. Klip video sekarang saiznya ialah 36MB, terlalu besar untuk masa lebih kurang 1 minit dan 50 saat sahaja.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak tahu kenapa saya bernasib malang. Nasib malang tidak berhenti-henti, telefon bimbit saya hilang, diikuti dengan pemegang pintu kereta saya dirosakkan oleh KoDoMo, dan seterusnya sekarang kena saman daripada polis untuk kesalahan: ubah suai struktur kereta (spoiler). Entahlah nasib saya, kenapa begitu malang sekali.

Gambar saman diletakkan dibawah sekiranya anda berminat untuk melihatnya. Mungkin saya harus pergi ke tokong untuk sembahyang ? Sekiranya kamu berfikir dapat saman itu sudah cukup malang, tetapi anda salah, nasib malang saya TIDAK BERAKHIR lagi. Kenapa ? Adik saya melihat saman itu dan memberitahu saya untuk membeli nombor yang terdapat pada saman itu iaitu 738366 dengan gelak-ketawa bahawa polis itu adalah “Dewa Kekayaan” saya seperti yang ditunjukkan dalan filem Singapura bertajuk “The Best Bet”.

0000 Kesalahan: Ubah Suai Struktur Kereta (Spoiler)
Klip video akan diletakkan pada masa akan datang, harap maaf.

Di dalam cerita itu, seorang lelaki hendak membeli nombor 0000 dan rakan-rakannya bertanya mengapa dia boleh beli nombor sebegitu, macam mana boleh keluar? Lelaki tersebut menjelaskan bahawa dia diberi saman oleh polis dan dia membeli nombor 8888 iaitu nombor saman dan dia mendapat cabutan tempat ketiga. Okay, balik kepada cerita saya, oleh itu adik saya memberi cadangan nombor kepada saya iaitu 7383, 8366 dan 6861 (nombor anggota polis itu ialah 116861). Oleh kerana hari itu adalah hari Selasa dan saya tidak tahu Magnum atau Da Ma Cai ada cabutan khas pada hari itu atau tidak.

Petang itu, saya menelefon abang saya untuk tanya Magnum atau Da Ma Cai ada cabutan khas atau tidak tetapi dia sibuk dan kata akan telefon saya balik. Malangnya abang saya yang sibuk itu tidak menelefon saya balik dan saya tertidur sebentar. Malam itu saya bangun pada lebih kurang pukul 9 malam. Selepas mandi dan tidak lama kemudian, abang saya pun balik rumah. Dia mengatakan bahawa dia menang wang cabutan bertuah untuk nombor plat keretanya. Untuk pengetahuan sekalian, nomborplat kereta abang saya ialah 7383 memang secara kebetulan dengan nombor saman saya.

Dengan rasa terkejut diikuti dengan menyesal saya menanya mengapa dia boleh menang wang cabutan bertuah sedangkan Magnum dan Da Ma Cai tidak ada cabutan bertuah pada hari itu. Dia menjawab sambil bersenyum, memang betul dua itu tidak ada tapi Sports ToTo ada cabutan khas. Saya memang terkejut dan tanya abang saya dengan sedikit perasaan marah mengapa dia tidak menelefon saya kembali petang tadi. Memang MALANG betul !! Sudah kena saman tidak mengapa, sekiranya dapat menang wang untuk membayar saman kan ? Tapi, peluang untuk menang wang juga terlepas begitu saja, teruk betul.

toto8383 Kesalahan: Ubah Suai Struktur Kereta (Spoiler)
Paparan skrin website Sports ToTo pada hari Selasa 8/5/07

- Telefom bimbit hilang -> RM200 (anggaran sahaja)
- Pemegang pintu rosak -> RM25
- Dapat saman -> RM150 (anggaran selepas dikompaun)
- Ada nombor untuk beli, tidak beli dan nombor itu dapat hadiah kedua -> Memang tidak boleh dinilai harganya!!

Perenggan diatas diubahsuai daripada gaya Inggeris. Perasaan saya sekarang adalah seperti rakaman bunyi di bawah:-

Sekiranya anda tertanya-tanya, berdasarkan keputusan Sports ToTo di atas, hadiah tempat kedua ialah 8383 dan bukan 7383. Untuk jualan cabutan nombor haram ataupun lebih senang dijelaskan ialah nombor belian anda bukan daripada kedai-kedai Sports ToTo,ialah adalah tidak sah di undang-undang. Tetapi untuk jualan haram, sekiranya 3 digit nombor belakang anda sama dengan nombor yang dicabut, anda boleh mendapat wang juga. :D

Abang saya berkata malang sekali, sekira nombor 7383 4 digit sekaligus keluar untuk nombor kedua, dia boleh mendapat lebih daripada RM5 ribu. Wahhh…banyaknya wang, tetapi sekarang dia mendapat beberapa ratus sahaja. Saya memberitahu dia yang dia boleh mendapat beberapa ratus itu juga wang, lebih daripada tidak mendapat apa-apa langsung.

Sekian sahaja untuk kali ini, dengan ini saya mengakhiri dengan nasihat, kahpengBlog bukan dan tidak pernah sama sekali menasihat anda supaya membeli nombor cabutan bertuah daripada penjual atau kedai haram. Beli daripada kedai yang mendapat lesen daripada kerajaan seperti Magnum, Da Ma Cai atau Sports ToTo.

spoilersaman Kesalahan: Ubah Suai Struktur Kereta (Spoiler)
Nombor kad pengenalan dan alamat dikaburkan dengan photoshop untuk memelihara hak privasi saya :D

advertisement Kesalahan: Ubah Suai Struktur Kereta (Spoiler)

    17 Responses

  1. cHrIstInA_YY says:

    lolz kenapa nama penuh anda tidak dikaburkan sekali??? =P

  2. Chee Hsien says:

    lucu nia! U macam tengah tulis karangan untuk SPM. Hari ini nasib malang, esok nasib baik la. Tapi ini saya cakap saje lah, wa tak tau lu percaya atau tidak, sebab saya pun tak percaya. Akhir sekali, saya pun tak tau saya cakep ape. Saya dah tak siuman nie. =.=”

  3. minny says:

    saya baca lu punya karangan sampai mata jadi kabur wahahahaha. punya lucu! rugi la tak beli da ma cai :P itu the best bet memang itu tahi (the shytttt) sangat lucu hahahahhaa !!!

  4. kahpeng says:

    christina: aiks, apasai nama mau dikaburkan ? orang nanti tak percaya daya kena saman, haha ;;)

    chee hsien: memang macam tulis karangan, LOL tapi untuk blog punya karangan, tapi ini sikit canggih kerana ada gambar dan bunyi, tentang apa kamu cakap percaya sikit tapi tak ada nasib baik lagi. mungkin saya akan kutip emas nanti ? saya pun sudah tidak siuman dah :D

    minny: wahhhraoo… saya fikir kamu baca pun sudah kabur(blur) LOL :D kerana nombor itu keluar dalam toto le…saya pun fikir Magnum dan Da Ma Cai tak ada cabutan khas pada hari itu…maaf kerana buat kamu kabur kerana saya taip pun sendiri sikit kabur…zzz

  5. mohican says:

    lawak betul cara u tulis dlm bm. :D,babi pun boleh panjat pokok. p beli 738366 ka toto utk 6d cuma rm1 saje dah boleh 100K.hari tu i pun beli 383 tapi 0383 kah kedai halal.tapi :( depan keluar 8383.kalau nos i keluar straight,syok la 2K. ;)

  6. mohican says:

    eh,kereta u 8199.rabu saje baru keluar 1899 kah 3d conso….. :)jika u post blog ini awal,maka semua peminat blog u pun untung

  7. kahpeng says:

    [quote comment="14913"]eh,kereta u 8199.rabu saje baru keluar 1899 kah 3d conso…..

    :)jika u post blog ini awal,maka semua peminat blog u pun untung[/quote]isk isk…begitu banyak kaki judi kat sini, :D 1899 tidak dekat pun lah, kecuali kamu beli Da Ma Cai i-box, 24x pusin nombor itu depan/belakang/atas/bawah :)

  8. Chee Hsien says:

    24 kali ar? 1 kali hamtam 1 ribu pun kena bayar 24 ribu. Duit menang pun tak cukup bagi cost ar.. haha..

  9. mohican says:

    :D kalau beli ka kedai halal,bet rm10 besar dah cukup utk menang rm30 ka conso prize.:D terpulanglah nombor itu keluar ka apa prize.keadaan kp sekarang macam “menyelam sambil minum air”.sui pergi semua,maka ONG datang ;)

  10. PK says:

    oi boleh hang jangan plomote saya? sudah cukup publisiti.=.=’ awak mia BM hebat daripada saya!!

  11. kahpeng says:

    CH: wah u sakit jiwa kar ? hentam 24 x 1 ribu ? memang kaya betul, LOL :D

    Ben: menyelam kelapa otak hang, lol tenggelam adalah, ONG belum datang lagi wor, u mau bagi saya N95 ? ;)

    PK: mana ada publisiti lagi ? itu memang hari itu kita sembang punya, suruh saya blog dalam BM…isk isk, sorry puteri-ku ~ jangan marah hamba ;;)

  12. Penny says:

    ah ben memang kaya, dah beli n70 dan setrusny wana hadiah KP n95, ah ben ini banyak bo kan tan punya orang, KP oso no good no tell me the num i pun beli,,,saya sekarang banyak suka wang leh…ada wang menang apa pun boleh buat!!!

  13. mohican says:

    kp u syok d la malam ni,damacai hadiah u duit.8366-2nd prize. :( wa tak beli,p beli 6d.

  14. Penny says:

    ahahahaaa…mohican

  15. kahpeng says:

    Ben: i memang got buy that night, wah so nice help me check results ? :D anyway 8366 and 8199 got apa same ? damacai giv me duit ? U mimpi or mabuk kar ? zzz

  16. mohican says:

    lol wa tak da mimpi atau mabuk.i tengah cakap nombor saman u,bukan kereta ang. :D dah cakap u ni macam “menyelam sambil minum air”.manatau u marah i menyelam kelapa otak hang

  17. kahpeng says:

    [quote comment="15063"]lol wa tak da mimpi atau mabuk.i tengah cakap nombor saman u,bukan kereta ang. :D dah cakap u ni macam “menyelam sambil minum air”.manatau u marah i menyelam kelapa otak hang[/quote]
    LOL paiseh la, OMG 8366 last 4 digit, swt 2nd prize, haiyo not my luck is lidet liao lo, how 2 expect me buy 3/4 times a week ? siao rite :D dicky don’t say i din giv nombor 2 buy, see 8366 can come out, wakakak

Post your comments

More in Audio, Bad Luck, Car, Malay, Unusual (33 of 66 articles)


The contracts/brightness is purposely reduce to protect the person inside the image :P But if you're my college-mate, you ...